Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 23, 2012

AIR MATA LELAKI

Air mata lelaki titik-titik bening di mata,
Iris-iris terasa bagikan rintik-rintik di hati,
Resah di kalbu bila dihambat duka.

Memahat rindu,
Air mata lelaki bergenang,
Titipkan sayu dan pilu,
Aralkan sayang yang seakan terbuang.

Lelaki menangis seperti iblis,
Engan bersujud umpama syaitan,
Lelaki menangis luhur dan ikhlas,
Amarah berjela perlukan pujukkan,
Kasuma dewi ketawa mengilai mengilas,
Ibarat api membahang hangatkan angin.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Semporna,Sabah.
030812@1250hrs(Jumaat).

No comments:

Post a Comment