Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 16, 2012

GURINDAM

GURINDAM
(Buat Merawat Minda Yang Kurang Sihat).

PEKERJA

Pekerja yang baik suka melihat corak,
Jarang melihat lambang di baju sambil berborak.

Pekerja yang cekap suka melihat bintang,
Jarang melihat bulan dipagar bintang.

Pekerja yang bijak mereka tidak warak,
Tidak membuat honar riak dan bongkak.

Pekerja yang pandai tahu menilai,
Disuruh sentiasa cermat tidak cuai

Pekerja yang cemerlang sentiasa sayang,
Jarang menengking tetapi ikhlas dalam bersaing.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Mersing Johor.
160812 @ 1239 hrs (Jumaat).

No comments:

Post a Comment