Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 24, 2012

Hampir

Allah yang satu,
Selalu hampir di serambi nadi kita,
Khabarkan restu hal-hal sesuatu,
Yang baru sehingga menjadi lama,
Cuma kita alpa mengutip indah rindu,
Kita sebenarnya paling hampir denganNya,
Kala jantung beradu,
Berdegup sepanjang masa,
Pada waktu yang lima di tikar sejadah kain baldu,
Detik sujud di hadapanNya.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing Johor.
240812@1255hrs(Jumaat).

No comments:

Post a Comment