Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, August 12, 2012

Kasihmu Tidak Ternilai Bagiku



Kasihmu Tidak Ternilai Bagiku

MasyaAllah Subhanallah
setitik katamu terlalu besar untukku
nilaian yang tiada bandingan
aku yang dahaga di bumi kontang milikku
sentiasa mengharap setitis embun
hadir dan menyuburkan hari-hariku

Demi nafas yang dianugerahkan Sang Kholik
aku bisa meneruskan kesinambungan hidupku
sehari lagi dalam lembaran baru
bermula dengan langkah sujud kepadaMU
dan hari-hariku dipenuhi rona-rona cantik
bersama mereka yang Engkau anugerahkan
sentiasa mengolah damaiku

Moga setiap insan yang hadir di sampingku
sentiasa dalam rahmat dan kasihMu
Amin Ya Rabbal Alamin...

Lafaz Kalbuku
Ogos 11 2012

No comments:

Post a Comment