Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 24, 2012

keringat, airmata dan doamu

bonda
terlalu besar jasamu
menghadirkan diriku ke bumi bertuah ini
sembilan purnama sepuluh hari
mengendung dalam susah payah
mual loya alahan kautelan
kerana seorang diri ini...

bonda
dengan tulang empat kerat
dirimu kerah keringat
membanting di sawah
menoreh pohon ke pohon
menjaja kuih keliling kampung
kerana seorang diri ini...

bonda
aku ingat semuanya
atas deraian airmatamu
didik aku jadi insan
bekalkan aku ilmu ke dada
jadi berguna pada nusa bangsa
besar pengorbananmu mendoakan kerana seorang diri ini...

tak terbalas bonda
budi dan jasamu
andai aku mampu dulunya
berkongsi kesakitan barah itu
ingin aku gadaikan nyawa ini
tapi apa dayaku Dia lebih menyayangimu
hanya doa mampuku hadiahkan buatmu bonda
aman sejahteralah di sisi-Nya.

CNM, 24/8/12, 9.07pm
THMK

No comments:

Post a Comment