Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 23, 2012

KERONCONG SEMPORNA

Semporna pada waktu malam,
Lampu neon kilau-kilauan,
Semenjak dahulu berkirim salam,
Apabila anak-anaknya di rantauan.

Kini semporna telah berubah,
Menyongsong masa melerai gundah,
Daerah petani pelaut gagah,
Aman jaya cinta jadi sumpah.

Masapun beranjak tiada mati,
Menghimpun janji menabur budi,
Selalu cambahkan musim bersemi,
Semporna kini aman abadi.

Nukilan Pencinta Puisi
Bayu
Semporna,Sabah.
020812@0626hrs(Khamis).

No comments:

Post a Comment