ketika hati terulit keciwa
akan tergores seribu warna bicara
yang lahir mengiringi segersang rasa
mengukir titik di gurun derita
pedihnya menancap ke jantung tanah
bicara apakah yang pantas diucap
saat gumpalan kata menoda janji
tidak semudah mengutip kerikil
yang kukuh bertubin di tebing amarah
bersalut kukuh berjuta jengkil
biarlah hujan merimbis serawan kesal
lemas bersama serentang harap
tak akan cuak menghadap genting
sedang nanah mesra menutup maaf
menoleh pantang didokong malu
terus menapak membawa tekad
Embi Estar
20 Ogos 2012
pedihnya menancap ke jantung tanah
bicara apakah yang pantas diucap
saat gumpalan kata menoda janji
tidak semudah mengutip kerikil
yang kukuh bertubin di tebing amarah
bersalut kukuh berjuta jengkil
biarlah hujan merimbis serawan kesal
lemas bersama serentang harap
tak akan cuak menghadap genting
sedang nanah mesra menutup maaf
menoleh pantang didokong malu
terus menapak membawa tekad
Embi Estar
20 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment