Nyenyak lena raduku beralaskan tilam impian syahdu
ditemani bias-bias rembulan kerinduan yang setia
berpayungkan bebintang bergemerlipan di angkasa raya
mimpiku beralun panjang didayukan sang pungguk merindu
selingan tiupan seruling semilir menggetarkan sukma
bersama sapaan lembut bayu dingin selepas gerimis senja
Menari sejoli di puncak asmara
berpegangan tangan di celahan kabus putih
bersama senyuman menguntum di bibir
indah bagai tiada lekang
bercanda di kayangan khayalan
terindah disulami haruman semerbak
sentiasa membangkitkan semangat
sebuah ghairah dari pertemuan
dua insan yang saling kerinduan
lemas di dasar kenikmatan
sebuah mimpi yang diidam
si dara dan si teruna idaman.
Lafaz Kalbuku
Ogos 23 2012
selingan tiupan seruling semilir menggetarkan sukma
bersama sapaan lembut bayu dingin selepas gerimis senja
Menari sejoli di puncak asmara
berpegangan tangan di celahan kabus putih
bersama senyuman menguntum di bibir
indah bagai tiada lekang
bercanda di kayangan khayalan
terindah disulami haruman semerbak
sentiasa membangkitkan semangat
sebuah ghairah dari pertemuan
dua insan yang saling kerinduan
lemas di dasar kenikmatan
sebuah mimpi yang diidam
si dara dan si teruna idaman.
Lafaz Kalbuku
Ogos 23 2012
No comments:
Post a Comment