nota buatmu
kutulis nota ini
untuk kaubaca berkali
kerana sia-sia
duri yang kaucacak tidak menyakiti
racun yang kautabur tidak menelusi
hati ini teguh berdiri
dan mungkin suatu hari
duri-duri itu mencucuk kaki kamu sendiri
racun yang kautabur meresap ke segenap kamar hati
lupakah kamu kepada Yang Maha Mengetahui.
CNM
No comments:
Post a Comment