Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, August 29, 2012

PENDUSTA YANG KALAH


Jangan harap, sebab aku tak akan
Kalau engkau rasa hebat, itu bukan kerana engkau hebat
Tapi hanya rasa yang terbit dari keegoanmu
Yang tidak terbendung
Mungkin engkau sedang berbahagia, tapi
Ingatlah bahawa ia terbina atas kepedihanku
Dan akan menjadi luka yang tidak terubati
Menjadi parut yang kekal dalam ingatan
Setiap saat, minit, jam, hari bersamamu
Telah menjadi kisah duka dalam lipatan sejarah
Dan akan kekal menjadi fakta yang tidak diubah
Ya, aku bisa menerima Qada dan Qadar Allah
Namun alasanmu tidak berasas bagiku
Kerana kaulah pendusta itu
Pendusta yang tidak bermaruah
Pendusta yang dayus
Pendusta yang takut pada bayang-bayangmu sendiri
Alasanmu hanya basi dan layak dibakul sampahkan
Asal kamu tahu, jawapanku tetap tidak untuk kini dan selamanya
Aku rela sendiri sampai mati
Asal tidak bersama kamu lagi.

- QalbuMusyTaQun

No comments:

Post a Comment