Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 23, 2012

Penyesalan itu ada...

Cinta kian pudar
hilang seri berwajah duka
enaknya kemanisan diragut sebegitu mudah
mudah tunduk mengikut telunjuk
telunjuk bernafsu serakah
keasyikkan cuma seketika
dosa-dosa menghambat seusia...

berbaloikah mengikut kata hati
menghamba diri dihina di sisi
amanah yang sepatut dipelihara
sebaliknya digugat dan dicemari

mengapa dunia kian tua
penuh nafsu sukar mahu dibendung
di mana silapnya manusia akhir zaman
diuji berbagai dugaan
pesan Nabi sering diabai
tidak lagi mahu mengikut sunnah
apakah kesenangan membuai kelekaan
bermalas bertaubat...keseronokkan dunia dihambat
telah tergadah baru tahu menadah ehsan
resamnya karma alam
petunjuk datang dari Tuhan
yang menggerakkan hati dan perasaan
tanda kasih menjadi pilihan
agar tidak hanyut mengikut syaitan
jahanam kekal bersama berteman.


Nauzubillabil zalikkk...menginsafi diri...

nurul ogos 23,2012
5 syawal 1433

No comments:

Post a Comment