Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, August 25, 2012

~Puisi balas untuk Cikgu Nik Mie~

Aku tak pernah rasa
Kerana aku tidak seistimewa dirimu
Diberi kesempatan memiliki cahayamata
Walau bertahun berumahtangga

Antara kita
Siapakah yang lebih kecewa
kau ataupun aku???

Kau jua tak pernah rasa
Apa yang aku rasa
Tohmahan, hinaan dan cacian
Juga pelbagai tuduhan
Sendat menyumbat gegendang telinga
Bisa luluh ketabahan hati
Sabarku sering diuji
Tangisku sering menyesali
Aduhai..malangnya nasib diri...

Sememangnya aku tak pernah rasa
Apa yang kau rasa
Namun aku tetap melihat dan mendengar
Menjaga anak istimewa
perlukan kesabaran yang tinggi
Karenahnya pelbagai ragam
Dirinya perlukan perhatian dan kasih sayang
Justeru bersabarlah melayaninya
Kerana siapa pun dia
Ia tetap anugerah terindah lagi berharga
Buat menyeri mahligai cintamu
Lantaran sesungguhnya kau insan terpilih
Untuk diuji oleh-Nya
Menurut apa yang termampu olehmu

Bersyukurlah biarpun pahit diduga
Kerana akhirnya ia membuahkan hasil yang manis
Bila tiba waktunya...

Nukilan spontan..
Nurza.
25 Ogos 2012 02:47PM.

No comments:

Post a Comment