Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 16, 2012

Rindu Galau Merenyok Qolbu

Puas kutipu alasan beribu
beribu batu longlai langkahku
langkah menyembunyi perasaan sebenarku
sebenarnya aku amat merindui kamu

kamu aduhai kekasih hatiku
hatiku menjeruk dendam memilu
memilu membendung ingin ketemu
ketemu dirimu melepaskan rindu

rindu bertapuk semakin mendalam di hatiku
hatiku cuba meleraikan agar tidak mengganggu
mengganggu dirimu saban malam berlagu
berlagu mendayu menyemat utuh qolbumu

qolbumu yang amat kudambakan selalu
selalu bermain di minda batinku
batinku menjerit memalu mengadu
mengadu bahawa aku amat mencintai dirimu

dirimu yang kucinta dan amat kurindui
tiap detik dan tika tidak terbendung lagi.

Lafaz Kalbuku
Ogos 16 2012

No comments:

Post a Comment