Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, August 15, 2012

RINDU INI RINDU AKU

Rindu ini telah sekian lama terukir
Di kajang rasa…di kajang hati
Cuba kusulam kembali
Ketika bulan tersenyum angkuh
Dan bintang-bintang
Sembunyi di lowongan hitam…pekat
Tanpa menyinar…tanpa binar

Pun di sana
Adakah kaurasa getaran rindu ini
Ketika aku di sini penuh siksa
Mengutip serpihan-serpihan rindu
Yang bertebaran di padang rintih
Membentangkan setiap kelukaan
Dan sengsara itu aku
Yang bertatih menyusur lorong-lorong hampa
Mencari jejak-jejak yang kau tinggalkan
Tanpa tanda…tanpa apa-apa

Penantian rindu ini tidak akan berakhir
Kerana rindu ini rindu aku
Rindu yang kuhimpun dari semua rasa yang ada
Yang tertancap kukuh di juzuk cintaku
Dan kusandarkan pada sebuah keyakinan
Biarpun harapanku semakin menipis
Senipis kabus subuh yang membidai
Dan senipis cinta yang ada di hatimu

Qalam Bertinta
15082012
0043am

1 comment:

  1. Rindu yang sentiasa bergemintang dengan cahaya grmilang biarpun tersadai di ujung langit malam...

    ReplyDelete