Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, August 25, 2012

Sedetik Kau Tiada Hatiku Resah Gelisah

Segeralah kembali dengan khabar berita
bahawa engkau juga merindui diriku
tiada senang dudukku dan mengeja waktu
sedetik kau di sana membisu membuatku kaku
merenung siang terasa kelam berulam sendu
puas kuusap gemawan di mata
agar kembali bersinar terang
namun kabus berarak bertamu
berjurai air mata menemani diriku
hanya berteman seulas kudrat
berdoa semoga segera kau datang
mengunjungi diriku yang setia menunggu
beralaskan sutera ungu pemberianmu
berbumbungkan selendang emas nan satu
di kamarku seperti mahumu
berhias rapi beraroma kesukaanmu
menanti mendambakan kepulanganmu.

Lafaz Kalbuku
Ogos 25 2012

No comments:

Post a Comment