Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, August 21, 2012

Seloka Raya II

Umi Sri Mawar
puisinya ramai yang gemar
sibuk cari idea sampai berpinar-pinar
sebab tu tak keluar kamar...

Cikgu Azidee Rahman
kena serbu orang taman
kelam kabut sedia hidangan
sebab tu tak menang tangan...

Izan Pad
baru beli i-pad
duk tengok manual pakai spek
sebab tu masuk hanya buat spot check...

Bayu Pagi
petang tadi ada mari
malam ni beraya lagi
sebab tu awal-awal dah pergi...

Lafaz Kalbuku
duk jahit bantal kekabu
maklum anak buah ramai bertamu
sebab tu malu-malu...

Alang Eynna
masih tak tahu di mana
balik kampung ke di kota
sebab tu tak tahu saya nak kata...

Manja Kasih
katanya sangat letih
melayan tertamu tak habis-habis
sebab tu tak mahu datang kelih...

Maya Manja
tak usah cerita
raya sakan rumah saudara
sebab tu FB tak buka-buka...

Mil Md Nor
raya bebenor
agaknya dah lena
sebab tu tak kunjung tiba...

CNM

No comments:

Post a Comment