Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, August 12, 2012

Suasana



Hari raya terasa tiba
semua sibuk menyambut hadirnya
bagai tidak sempurna
jika tiada baju raya.

berlumba-lumba kembali ke tempat kelahiran
tersenyum bahagia ibu dan bapa
walau tiada membawa bekalan
cukup hanya sebuah senyuman ceria.

usah bermegah menayang rupa
ingatlah pada yang serba kekurangan harta
biar disambut cuma sederhana
asal cukup syarat dan sempurna.

bulan mulia bersama sanak saudara
tangan dihulur berjabat salam
ingat wahai semua
hulur sedekah kepada insan seislam.

juadah terhidang berbagai rasa
hati-hati dalam menjaga makan
usah dibedal segala ada
perutmu baru nak mulakan tugasan
setelah berehat sepanjang sebulan.


selamat hari raya buat semua warga maya
mungkin bicara sepiku tidaklah seindah
namun kuhulurkan kemaafan pada semua
halalkan segala ilmu yang sudah-sudah.

nurul ogos 23,2012
23 ramadhan 1433

No comments:

Post a Comment