Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 24, 2012

~♥ Wahai suara-suara sumbang sumbing berketak sakan ♥~

Dengarkanlah …
apabila dikurniakan sedikit kelebihan
aku bersyukur padaMu Ya Illahi
setiap anugerah diberi dariMu
walau sekecil kuman adalah besar di mata insan

Fikirkanlah …
apabila dihadiahkan sedikit keistimewaan
bersujud aku padaMu Ya Illahi
padaMu aku berserah dan mengadu
setiap ujian diberi buat insani

Apabila dilebihkan kita daripada orang lain
walau setitik … walau sejengkal
senantiasa aku beringat
itu semua ujian bagiku dan kita semua
bagi menentukan aras duduk kita wahai insani
di mata Sang Pencipta
dunia sementara yang kita diami bersama

Salam Jumaat buat semua
~ Nukilan Pena Ilhamku
~ 24/ August / 2012
~ 12 : 07 pm

No comments:

Post a Comment