Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, August 12, 2012

Yang Letih Mak

ada anak ramai
masa raya mak yang longlai
mahu taknya anak-anak macam-macam perangai;

anak sulung
bini mengandung sulung
mengidam nak makan lontong
mak mertua punya di kampung
pada hal mak sendiri taukeh lontong,

anak kedua
dah lama kat luar negara
teringin pulut kuning ayam tua
mengagau mak di pagi buta
buat pulut kuning di pagi raya,

anak ketiga
badan kecik cinonit
teringin nasi impit
mak juga dihimpit
katanya orang lain buat tak 'kid',

anak keempat
minta nak ketupat
hari-hari telefon mengingat
bukannya nak balik tolong buat
main pesan tak sempat menyempat,

anak kelima
nak nasi dagang ayam kurma
mak dah lupa resipi lama tak dikerja
merenget mengalah budak darjah lima
terkial-kial mak belajar semula,

aduh!
aku yang letih sebenarnya
memikir kerenah anak bonda
belum lagi kerenah suami tercinta
kesian mak bila musim raya.

CNM, 12/8/12, 1.31pm
THMK

No comments:

Post a Comment